Tuesday, 14 May 2019

BYOD: Satu Dimensi Baru Dalam PdPC Fizik Pra Universiti

BYOD Di Kolej Matrikulasi




Projek inovasi ini merupakan satu pendekatan baru dalam mengendalikan pembelajaran makmal Fizik bagi program matrikulasi, tingkatan 6, Diploma Sains dan kejuruteraan, program asasi Sains dan Kejuruteraan, program A Level dan setaraf dengannya.

Projek Inovasi BYOD

    Membina Eksperimen menggunakan konsep BYOD
Dengan menggunakan konsep ini,pelajar akan menggunakan peranti sendiri seperti telefon pintar dan tablet sebagai radas utama dalam eksperimen yang dijalankan. Telefon pintar pelajar boleh berfungsi sebagai sensor ketinggian, jam randik, penjana frequensi dan juga sebagai pengesan bunyi. Diantara eksperimen yang telah di tambah nilai dengan menggunakan konsep ini adalah: 

1) Menentukan nilai pecutan graviti
   Aplikasi telefon pintar berasaskan Android : Video Tracker Analysis & SparkVue

2) Menentukan penghasilan resonans dan halaju bunyi.
   Aplikasi telefon pintar berasaskan Android: Sound Meter & Frekuensi Generator

Dalam eksperimen Fizik yang dijalankan secara konvensional, radas eksperimen merupakan alat yang bersaiz besar dan memerlukan kos operasi dan penyelenggaraan yang tinggi. Akan tetapi, pelaksanaan pembelajaran makmal dengan menggunakan konsep BYOD telah membuktikan pelbagai faedah sebagaimana berikut:

  •       Menjimatkan kos operasi dan penyelenggaraan radas

       Jumlah penjimatan kos adalah sebanyak RM 28 000 untuk setiap satu kumpulan                   praktikum yang merangkumi  10 kumpulan yang terdiri daripada 2 orang pelajar.

  •     Memupuk sifat belajar secara inkuiri

     Dengan menggunakan aplikasi BYOD, pelajar tidak lagi menjalankan eksperimen                 dengan  hanya mengikut setiap prosedur yang telah ditetapkan alam buku panduan             amali.  Pelajar akan membina prosedur amali sendiri dalam mencapai objektif          
     eksperimen.

  •       Pembelajaran makmal tanpa keterbatasan waktu dan tempat

         Pelajar boleh menjalankan eksperimen bukan hanya di dalam makmal dan dengan 
        bantuan pensyarah sahaja. Kaedah pembelajaran makmal ini membolehkan pelajar              menjalankan eksperimen di luar waktu kelas dan diluar makmal. Rakaman video serta 
        penggunaan telefon pintar sebagai radas eksperimen boleh di jalankan pada bila- bila          masa dan sebarang tempat yang bersesuaian.

BYOD di Pertandingan Inovasi

Kelebihan BYOD sebagai satu alternatif baru dalam mengendalikan pembelajaran makmal telah disebar luas dengan menyertai pertandingan inovasi yang telah diadakan di Universiti Utara Malaysia. Ternyata projek inovasi ini berjaya memikat hati juri dan pengunjung pertandingan dan hasilnya, projek ini telah berjaya memenangi pingat emas. 

Pertandingan Inovasi Teknologi Dalam Pendidikan UUM 2019
Anugerah Pingat Emas 



No comments:

Post a Comment