Wednesday, 15 May 2019

BENGKEL MENEROKA ILMU SAINS SEHINGGA KE KOLEJ MATRIKULASI DAN IPT




Kemajuan negara yang seimbang dan sejahtera  dibina dengan berbekalkan modal insan yang dilengkapi dengan kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik  merupakan aspek penting dalam menghasilkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam memastikan negara Malaysia khususnya membangun secara progresif. Akan tetapi, kesedaran para pelajar peringkat menengah untuk mengambil aliran Sains bila melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi masih lagi berada dalam keadaan rendah.Oleh yang demikian, program bengkel kelebihan memilih aliran sains selepas PT3 telah dijalankan untuk membantu pihak sekolah dalam menarik minat para pelajar lepasan Penilaian Tingkatan 3 telah dijalankan dengan jayanya.


Pensyarah Kolej Matrikulasi Memberikan Info  Biologi  Bagi Menarik Minat Pelajar Lepasan PT3 


Bengkel ini telah disertai oleh 67 pelajar lepasan PT3 di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok, Sintok, Kedah yang masih lagi tidak mempunyai idea yang jelas terhadap kepentingan memilih aliran sains. Para penceramah telah mengadakan taklimat dan penerangan terperinci mengenai kelebihan memilih aliran sains dan peranan mereka dalam menentukan masa depan negara kelak. Para penceramah turut mengadakan pameran pembelajaran subjek Sains berasaskan STEM untuk menarik minat mereka untuk melanjutkan pelajaran di kolej matrikulasi kelak. Para peserta diberi peluang untuk menjalankan beberapa eksperimen bagi subjek Fizik, Kimia dan Biologi untuk mendalami sendiri keunikan disebalik ilmu Sains dipelajari secara formal di dalam kelas.




Pelajar Fokus Di Booth Pameran  Fizik Program Matrikulasi



Meneroka Keseronokan Aplikasi Kimia 


Berdasarkan maklum balas yang telah dinyatakan oleh pegawai kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok kira-kira seminggu selepas bengkel dijalankan, terdapat peningkatan pelajar untuk memilih aliran Sains sebagai pilihan utama pelajar  dan seterusnya menjadikan kolej matrikulasi sebagai pilihan utama pelajar lepasan Sijil pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok, Sintok , Kedah. Diharapkan usaha ini membantu pelajar mempunyai wawasan dan semangat juang yang tinggi demi mengangkat nama Malaysia di persada dunia sebagai sebuah negara maju satu hari nanti. 

No comments:

Post a Comment