Wednesday, 14 March 2018

PLC: MAKMAL MIKRO KOMPUTER Vs MAKMAL KONVENSIONAL

Aplikasi mikro komputer dalam eksperimen fizik di KMK sebagai satu dimensi baru dalam menjalankan pembelajaran makmal bukan lagi secara konvensional. Eksperimen Kapasitor telah dipilih sebagai perintis untuk projek PLC ini.

Kaedah penentuan pemalar masa yang sedia ada memerlukan pelajar menjalankan  eksperimen menggunakan kaedah lama dimana semua pengukuran perlu dilakukan secara manual. Pelajar perlu menggunakan jam randik , menentukan nilai voltage , merekod data serta memplotkan graf secara manual bagi tujuan analisis. Kaedah yang diguna pakai memerlukan masa yang panjang dan menjana nilai ralat ketidakpastian (error) yang tinggi. Kaedah baru yang diperkenalkan ini membolehkan data direkodkan secara automatik dan dihantar terus secara berkala ke MS Excel. Pelajar kemudian perlu menjanakan graf menggunakan MS Excel. Dengan ini proses analisa adalah lebih cepat dan ralat ketidakpastian dapat dikurangkan. Proses komunikasi bersiri antara litar kapasitor , microcontroller dan komputer mendedah pelajar dengan kaedah kaedah automasi yang digunakan didalam industri dan bersifat PdP abad ke 21.



objektif2.png

Pelajar Bereksperimen 
Data dicatatkan terus dengan menggunakan MS Excel

KELEBIHAN MEMBACA AYAT QURSI

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya."

GANJARAN SAYANG DAN TAATKAN IBU

UWAIS AL-QARNI tinggal bersama ibunya sudah tua, lumpuh dan buta di Yaman.

Pemuda bangsa Yaman itu bekerja sebagai pengembala binatang ternakan. Beliau bukan saja sangat kasih kepada ibunya tetapi juga taat pada perintah ibunya walaupun terpaksa bekerja keras mencari rezeki. Allah memberi rahmat kepadanya dengan menjadikan binatang ternakannya sihat dan membiak dengan subur.

Pada waktu malam, Uwais menghabiskan masa di rumah untuk merawat ibunya seperti mengambil air minum dan memasak makanan. Beliau sering menjadi sebutan masyarakat.
Apabila tiba seruan Islam ke Yaman, beliau tertarik dengan ajaran agama itu sehingga memeluk Islam. Uwais menemui ketenangan jiwa dan menjadi hamba yang kuat beribadat.
Uwais teringin bertemu Rasulullah saw tetapi keadaan tidak mengizinkan kerana ibunya sudah tua dan tidak mampu tinggal sendirian. Waktu berlalu, kerinduan Uwais bertambah sehingga beliau menyatakan hasratnya kepada ibunya. Ibu membalas sambil menangis.
“Ibu...! Kenapa ibu menangis? tanya Uwais.
“Ibu terharu! Ibu rasa gembira akan hasratmu. Wahai Uwais! pergilah!” kata ibunya.

Tanpa berlengah, Uwais menyediakan keperluan untuk diri dan ibunya yang akan ditinggalkan selama beberapa hari. Akhirnya beliau tiba di Madinah dan mencari rumah Rasulullah.
Uwais mengetuk pintu tetapi yang menyahut ialah Aisyah kerana Rasulullah sedang berjuang dalam Perang Uhud. Uwais menyampaikan salam kepada Rasulullah dan pulang ke Yaman. Sekembalinya Rasulullah, Aisyah memberitahu mengenai Uwais yang mencarinya.
Rasulullah menyatakan bahawa orang itu adalah pemuda yang taat dan patuh serta sayang kepada ibunya. Dia adalah penghuni langit. Mendengar itu, Aisyah dan sahabat terpegun.
Rasulullah kemudian berkata: “Jika kamu ingin bertemunya, lelaki itu memiliki satu tanda putih di tengah tapak tangannya.” Rasulullah menoleh ke arah Ali dan Umar sambil berkata: “Jika kamu menemuinya suatu hari nanti, mintalah doa dan istighfarnya. Dia adalah penghuni langit.”
Ketika Umar menjadi khalifah, beliau teringat sabda Rasulullah dan mengajak Ali mencari Uwais. Mereka bertanya kepada semua kafilah yang datang berniaga di Madinah.
Tindakan mereka menimbulkan tanda tanya kafilah. Akhirnya mereka menemui Uwais.

Dalam kesempatan itu, Umar membalikkan tangan Uwais untuk melihat tanda yang disebut Rasulullah. “Memang benar! Inilah orangnya,” kata Umar kepada Ali.Sebelum pulang, mereka meminta Uwais mendoakan dan beristighfar untuk mereka.

Apabila Uwais meninggal dunia, ramai orang berebut-rebut untuk menguruskannya.Uwais memperoleh martabat yang mulia kerana beliau menghormati, memulia dan mencurahkan kasih sayang terhadap ibunya, sikap yang mengangkat darjat manusia di sisi Allah.