Wednesday, 15 May 2019

BENGKEL PEMBELAJARAN SAINS BERASASKAN STEM



Bengkel Membina Roket Air




Pembelajaran subjek Sains murid tahap 2 di sekolah rendah mementingkan pemahaman terhadap konsep asas sains yang pelbagai dan rumit. Sesi pembelajaran secara formal dalam kelas sahaja tidak berupaya membina kefahaman murid dengan lebih kukuh. Justeru itu, kerjasama dan jalinan di antara Sekolah Kebangsaan Padang Gajah, Taiping Perak dan juga penceramah dalam kalangan pensyarah Unit Fizik Kolej Matrikulasi Kedah telah diadakan untuk membantu murid bagi mengalami sendiri penyediaan roket air. Pembelajaran secara hands on akan memupuk pembelajaran secara inkuiri dan berperanan untuk membantu pelajar menguasai kemahiran manipulatif. Secara umumnya terdapat lima objektif bengkel ini iaitu:


    1)  Menarik minat murid terhadap aplikasi pembelajaran sains.
    2)  Memupuk kerjasama di kalangan murid
    3)  Mendidik murid menjaga kekemasan sepanjang melaksanakan  projek.
    4)  Meningkatkan keupayaan murid mencipta bentuk roket yang terkini.
    5)  Mampu menjalankan prosedur kerja secara saintifik.  


Dalam bengkel yang telah dijalankan, para murid bukan hanya belajar untuk membina roket air sahaja, akan tetapi secara tidak langsung telah mempelajari konsep asas Fizik yang bersifat praktikal iaitu:
:
       1) Gerakan jatuh bebas dan projectiles
       2) Bentuk aerodinamik (konsep bernoulli)
       3) Inertia
       4) Daya geseran, Lift force, and drag force
       5) 3rd Newton's Law
       6) Tekanan
       7) Graviti
       8) Daya tujah ke atas (upthrust)
       9)  Geseran udara + Berat  < Daya tujah ke atas

Peserta bengkel terdiri daripada 65 orang murid tahap dua iaitu murid Tahun 5 dan murid Tahun 6. Bengkel ini telah berlangsung dengan teliti dan meriah. Para murid diberi penerangan, demonstrasi dan tunjuk ajar untuk menghasilkan roket air yang mempunyai ciri-ciri terbaik dan menepati konsep Fizik yang dipelajari secara tidak langsung dalam sesi bengkel ini. Kemuncak kepada bengkel ini para murid di beri tunjuk ajar untuk melancarkan roket air dan mereka dapat membukikan keupayaan mereka dalam merekacipta roket apabila roket air ciptaan para murid dapat terbang dalam masa yang lama dan mendarat dengan baik. Diharapkan program jalinan ini dapat diteruskan di semasa ke semasa demi memupuk minat murid untuk mempelajari dan mengaplikasi konsep Sains dalam pembelajaran dan kehidupan harian.
                             
                                  Murid Tekun Membina Roket dan Menyemai Semangat Bekerja  Secara Berkumpulan





Tiba Masanya Untuk Rocket Launching




BENGKEL MENEROKA ILMU SAINS SEHINGGA KE KOLEJ MATRIKULASI DAN IPT




Kemajuan negara yang seimbang dan sejahtera  dibina dengan berbekalkan modal insan yang dilengkapi dengan kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik  merupakan aspek penting dalam menghasilkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam memastikan negara Malaysia khususnya membangun secara progresif. Akan tetapi, kesedaran para pelajar peringkat menengah untuk mengambil aliran Sains bila melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi masih lagi berada dalam keadaan rendah.Oleh yang demikian, program bengkel kelebihan memilih aliran sains selepas PT3 telah dijalankan untuk membantu pihak sekolah dalam menarik minat para pelajar lepasan Penilaian Tingkatan 3 telah dijalankan dengan jayanya.


Pensyarah Kolej Matrikulasi Memberikan Info  Biologi  Bagi Menarik Minat Pelajar Lepasan PT3 


Bengkel ini telah disertai oleh 67 pelajar lepasan PT3 di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok, Sintok, Kedah yang masih lagi tidak mempunyai idea yang jelas terhadap kepentingan memilih aliran sains. Para penceramah telah mengadakan taklimat dan penerangan terperinci mengenai kelebihan memilih aliran sains dan peranan mereka dalam menentukan masa depan negara kelak. Para penceramah turut mengadakan pameran pembelajaran subjek Sains berasaskan STEM untuk menarik minat mereka untuk melanjutkan pelajaran di kolej matrikulasi kelak. Para peserta diberi peluang untuk menjalankan beberapa eksperimen bagi subjek Fizik, Kimia dan Biologi untuk mendalami sendiri keunikan disebalik ilmu Sains dipelajari secara formal di dalam kelas.




Pelajar Fokus Di Booth Pameran  Fizik Program Matrikulasi



Meneroka Keseronokan Aplikasi Kimia 


Berdasarkan maklum balas yang telah dinyatakan oleh pegawai kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok kira-kira seminggu selepas bengkel dijalankan, terdapat peningkatan pelajar untuk memilih aliran Sains sebagai pilihan utama pelajar  dan seterusnya menjadikan kolej matrikulasi sebagai pilihan utama pelajar lepasan Sijil pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok, Sintok , Kedah. Diharapkan usaha ini membantu pelajar mempunyai wawasan dan semangat juang yang tinggi demi mengangkat nama Malaysia di persada dunia sebagai sebuah negara maju satu hari nanti. 

Tuesday, 14 May 2019

BYOD: Satu Dimensi Baru Dalam PdPC Fizik Pra Universiti

BYOD Di Kolej Matrikulasi




Projek inovasi ini merupakan satu pendekatan baru dalam mengendalikan pembelajaran makmal Fizik bagi program matrikulasi, tingkatan 6, Diploma Sains dan kejuruteraan, program asasi Sains dan Kejuruteraan, program A Level dan setaraf dengannya.

Projek Inovasi BYOD

    Membina Eksperimen menggunakan konsep BYOD
Dengan menggunakan konsep ini,pelajar akan menggunakan peranti sendiri seperti telefon pintar dan tablet sebagai radas utama dalam eksperimen yang dijalankan. Telefon pintar pelajar boleh berfungsi sebagai sensor ketinggian, jam randik, penjana frequensi dan juga sebagai pengesan bunyi. Diantara eksperimen yang telah di tambah nilai dengan menggunakan konsep ini adalah: 

1) Menentukan nilai pecutan graviti
   Aplikasi telefon pintar berasaskan Android : Video Tracker Analysis & SparkVue

2) Menentukan penghasilan resonans dan halaju bunyi.
   Aplikasi telefon pintar berasaskan Android: Sound Meter & Frekuensi Generator

Dalam eksperimen Fizik yang dijalankan secara konvensional, radas eksperimen merupakan alat yang bersaiz besar dan memerlukan kos operasi dan penyelenggaraan yang tinggi. Akan tetapi, pelaksanaan pembelajaran makmal dengan menggunakan konsep BYOD telah membuktikan pelbagai faedah sebagaimana berikut:

  •       Menjimatkan kos operasi dan penyelenggaraan radas

       Jumlah penjimatan kos adalah sebanyak RM 28 000 untuk setiap satu kumpulan                   praktikum yang merangkumi  10 kumpulan yang terdiri daripada 2 orang pelajar.

  •     Memupuk sifat belajar secara inkuiri

     Dengan menggunakan aplikasi BYOD, pelajar tidak lagi menjalankan eksperimen                 dengan  hanya mengikut setiap prosedur yang telah ditetapkan alam buku panduan             amali.  Pelajar akan membina prosedur amali sendiri dalam mencapai objektif          
     eksperimen.

  •       Pembelajaran makmal tanpa keterbatasan waktu dan tempat

         Pelajar boleh menjalankan eksperimen bukan hanya di dalam makmal dan dengan 
        bantuan pensyarah sahaja. Kaedah pembelajaran makmal ini membolehkan pelajar              menjalankan eksperimen di luar waktu kelas dan diluar makmal. Rakaman video serta 
        penggunaan telefon pintar sebagai radas eksperimen boleh di jalankan pada bila- bila          masa dan sebarang tempat yang bersesuaian.

BYOD di Pertandingan Inovasi

Kelebihan BYOD sebagai satu alternatif baru dalam mengendalikan pembelajaran makmal telah disebar luas dengan menyertai pertandingan inovasi yang telah diadakan di Universiti Utara Malaysia. Ternyata projek inovasi ini berjaya memikat hati juri dan pengunjung pertandingan dan hasilnya, projek ini telah berjaya memenangi pingat emas. 

Pertandingan Inovasi Teknologi Dalam Pendidikan UUM 2019
Anugerah Pingat Emas