Bengkel Membina Roket Air
Pembelajaran subjek Sains murid tahap
2 di sekolah rendah mementingkan pemahaman terhadap konsep asas sains yang
pelbagai dan rumit. Sesi pembelajaran secara formal dalam kelas sahaja tidak
berupaya membina kefahaman murid dengan lebih kukuh. Justeru itu, kerjasama dan
jalinan di antara Sekolah Kebangsaan Padang Gajah, Taiping Perak dan juga
penceramah dalam kalangan pensyarah Unit Fizik Kolej Matrikulasi Kedah telah
diadakan untuk membantu murid bagi mengalami sendiri penyediaan roket air.
Pembelajaran secara hands on akan memupuk pembelajaran secara inkuiri dan
berperanan untuk membantu pelajar menguasai kemahiran manipulatif. Secara
umumnya terdapat lima objektif bengkel ini iaitu:
1) Menarik
minat murid terhadap aplikasi pembelajaran sains.
2) Memupuk
kerjasama di kalangan murid
3) Mendidik
murid menjaga kekemasan sepanjang melaksanakan projek.
4) Meningkatkan keupayaan murid mencipta bentuk roket yang terkini.
5) Mampu
menjalankan prosedur kerja secara saintifik.
Dalam bengkel yang telah dijalankan,
para murid bukan hanya belajar untuk membina roket air sahaja, akan tetapi
secara tidak langsung telah mempelajari konsep asas Fizik yang bersifat
praktikal iaitu:
:
1)
Gerakan jatuh bebas dan projectiles
2)
Bentuk aerodinamik (konsep bernoulli)
3)
Inertia
4)
Daya geseran, Lift force, and drag force
5) 3rd Newton's Law
6)
Tekanan
7)
Graviti
8)
Daya tujah ke atas (upthrust)
9)
Geseran udara + Berat < Daya tujah ke atas
Peserta bengkel terdiri daripada 65
orang murid tahap dua iaitu murid Tahun 5 dan murid Tahun 6. Bengkel ini telah
berlangsung dengan teliti dan meriah. Para murid diberi penerangan, demonstrasi
dan tunjuk ajar untuk menghasilkan roket air yang mempunyai ciri-ciri terbaik
dan menepati konsep Fizik yang dipelajari secara tidak langsung dalam sesi
bengkel ini. Kemuncak kepada bengkel ini para murid di beri tunjuk ajar untuk
melancarkan roket air dan mereka dapat membukikan keupayaan mereka dalam
merekacipta roket apabila roket air ciptaan para murid dapat terbang dalam masa
yang lama dan mendarat dengan baik. Diharapkan program jalinan ini dapat
diteruskan di semasa ke semasa demi memupuk minat murid untuk mempelajari dan
mengaplikasi konsep Sains dalam pembelajaran dan kehidupan harian.
![]() |
| Murid Tekun Membina Roket dan Menyemai Semangat Bekerja Secara Berkumpulan |
![]() |
| Tiba Masanya Untuk Rocket Launching |



No comments:
Post a Comment