Wednesday, 27 May 2015

About Me

Image result for physics photo


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Salam perkenalan untuk semua pengunjung blog yang budiman ..

Sedikit pengenalan mengenai diri saya, cikgu linda iaitu seorang pensyarah subjek fizik yang bertugas di kolej Matrikulasi di sebuah negeri nun di utara semenanjung Malaysia. Saya harapkan blog ini akan menjadi medan untuk kita bersama-sama bertukar-tukar pandangan di alam siber.
Bertugas sebagai seorang pendidik semestinya perlu sentiasa kreatif dan berinovasi, contohnya menggunakan sains dan teknologi yang  yang menjadi amalan generasi sekarang. Pengajaran berasaskan alam siber semestinya lebih menarik dan banyak cabarannya. Samada baik atau buruk hasil dari penggunaaan medium ini bergantung kepada niat dan kaedah teknologi ini digunakan .

Saya sedang mengikuti pengajian Sarjana Pendidikan (Fizik) secara separuh masa di UPSI. Salah satu subjek yang saya ikuti adalah Communication Technology and Innovation in Teaching and Learning Physics (SFP 6024). Berkobar- kobar semangat saya untuk terus menimba ilmu tentang cara untuk mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dengan pelbagai inovasi yang akan memecahkan sempadan kaedah pengajaran secara tradisional yang sudah bertapak sekian lama. Sebagai pendidik kita mesti fikirkan cara untuk menarik perhatian pelajar di dalam dan luar kelas.. taklah pelajar kita bosan belajar subjek yang kita ajar . Jom kita gunakan teknologi terkini dalam pengajaran, contohnya gunakan video dan interaksi secara maya, mesti hasilnya pelajar kita akan tertunggu-tunggu apa agaknya ilmu baru yang akan mereka pelajari setiap hari. Inshaa Allah saya akan updatekan  pelbagai informasi  berkenaan aplikasi ICT dalam pengajaran sebagai panduan rakan- rakan  pendidik dan pelajar- pelajar tersayang.

Physics in Circular Motion